5 TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN
Khas untuk ibu-ibu comel semua, saya kongsikan 5 tips yang telah amalkan dan terbukti berjaya membanyakkan susu badan. Semoga ianya bermanfaat juga untuk anda.
1. PERAH (PAM) DENGAN KERAP DAN KONSISTEN
Perkara paling asas untuk tambah dan pastikan susu badan meriah adalah dengan kerapkan sesi perah susu. Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali. Lagi bagus kalau anak kita kerap nak menyusu.
Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting konsisten!!!
Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.
Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu
Point Penting: Kalau kita tak perah dengan kerap, susu pun susah nak refill.
2. MINUM AIR SEKURANG-KURANGNYA 3 LITER
Komponen utama susu badan adalah air. Jadi kalau anda pun tak cukup air, macam mana susu nak cukup kan?
Lagi satu, sebaiknya anda banyakkan minum air kosong ataupun susu sebab air yang manis akan menyerap cecair dalam tubuh kita dan boleh menyebabkan kita dehidrasi. Nak minum boleh, tapi berpada-pada 
3. JANGAN SKIP MAKAN
Untuk menghasilkan susu yang penuh nutrisi, anda kenalah pastikan tak skip sarapan, lunch ataupun dinner. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak anda.
Kekurangan nutrisi boleh menyebab penghasilan susu terganggu. Lagipun kalau anda membiarkan perut anda masuk angin, ada kemungkinan besar anak anda akan ‘kembung’.
Tips: Bawa beberapa keping roti atau biskut bersama anda ke mana saja supaya anda boleh mengisi perut apabila terasa lapar
4. KEKAL CERIA & SENYUM SOKMO
Flow susu hanya akan lancar apabila anda tenang dan ceria. Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.
Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda. Dalam handphone tu mesti banyak gambar comel di manja kan?
Info: Vitamin B-Complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon ‘ceria’
5. AMALKAN SUPLEMEN SEPERTI SET PENYUSUAN SHAKLEE
Suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum.
Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 6 suplemen yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.
KANDUNGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE
Set Penyusuan Shaklee
Set Penyusuan Shaklee yang lengkap mempunyai 6 suplemen. Setiap satunya dengan khasiat yang berbeza.
1. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
ESP merupakan minuman soya yang kaya dengan kandungan protin. Ia merupakanproduk Shaklee yang paling hot di kalangan ibu-ibu.
3 khasiat utama yang menyebabkan ESP sangat laku:
- Susu badan bertambah (…dan kebiasaannya semakin pekat)
- Anda akan rasa cergas dan bertenaga sepanjang hari
- Kulit menjadi licin, gebu and
2. VITALEA (IRON FORMULATED MULTIVITAMIN)
Kalau anda ibu yang berkerja, mesti anda selalu makan di luar kan? Biasanya makanan di kedai makan nih kekurangan nutrisi. Di sinilah Vitalea memainkan peranan.
Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang akan membantu top-up kekurangan nutrisi anda. Kesannya, anda akan rasa lebih bertenaga dan susu juga semakin banyak.
3. B COMPLEX
Sebagai orang perempuan, normal lah kita nih selalu ada mood swing dan emosi kadang-kadang tak terkawal. Bila stress, susu pun nak tak nak jer keluar. Betul?
Biasanya apa yang orang perempuan suka makan bila stress? Coklat kan 
Sebab apa bila makan coklat rasa ‘lega’ sikit? Coklat membantu penghasilan hormon serotonin yang menjadikan kita ceria.
B Complex juga mempunyai kesan yang sama seperti coklat, cuma B Complex tak menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat atau menyebabkan kegemukan.
4. VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
Salah satu punca susu merudum adalah disebabkan oleh kelenjar susu yang terluka. Boleh jadi luka sebab baby menyusu terlalu kuat ataupun kerana kita terlalu stress.
Vitamin C boleh membantu untuk mengelakkan kelenjar susu anda luka. Kalau dah luka, Vitamin C boleh membantu untuk merawat kelenjar susu yang luka tersebut.
Info: Vitamin C juga sangat baik untuk kulit yang cantik berseri dan glowy gitew 
5. ALFALFA
Alfalfa adalah sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat. Nak senaraikan pun terlalu banyak.
Ringkasnya, Alfalfa adalah:
- Milk booster… Biasanya dalam 1-2 hari dah boleh rasa perbezaannya

- Perapat ala-ala Kacip Fatimah (ada yang cakap lagi power… sendiri kena cuba
) - Menghilangkan keputihan
- Sebagai detox & menghilangkan bau badan
6. OSTEMATRIX (KALSIUM)
Kebanyakkan ibu yang menyusu akan mengalami masalah susu berkurang masa datang period. Ini terjadi sebab badan memerlukan kalsium yang banyak untuk menggantikan darah yang keluar semasa period.
Hint: Kalsium merupakan antara komponen utama susu. Kurang kalsium, kurang susu…
Untuk membantu badan dalam proses menghasilkan darah, anda boleh mengamalkan Ostematrix yang merupakan suplemen kalsium
Info: Keberkesanan Set Penyusuan Shaklee boleh dirasai selewat-lewatnya dalam masa 2 minggu (… ada juga dalam masa 2 jam susu dah memancut-mancut!)
Adakah anda masih tak percaya dengan keberkesanan Set Penyusuan Shaklee untuk membantu anda mendapatkan hasil susu melimpah ruah?
IZINKAN SAYA MEMBANTU ANDA BANYAKKAN SUSU BADAN
Anda yakin dan bersungguh-sungguh nak banyakkan susu badan. Tahniah dan saya doakan anda berjaya!
Tak ramai orang yang betul-betul berusaha untuk belajar macam mana cara yang terbaik untuk banyakkan susu badan seperti anda.
Anda masih online dan setia membaca entri ini. Itu membukti anda mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk memastikan anak anda mendapat khasiat susu ibu yang secukupnya dan anda mempunyai kesungguhan untuk bertindak sekarang.
Sebab itu Set Penyusuan Shaklee ini sesuai untuk anda. Set ini khas untuk ibu-ibu yang nak banyakkan susu badan dengan pantas dengan cara yang mudah dan terbukti berkesan.
Pm or wa saya ya...
Luv always, NiaSmile™
0168935146





No comments:
Post a Comment