Saturday, 17 January 2015

Petua Hilangkan Tanda Hitam di Bawah Mata



Anda mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata?
Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan.
Jom atasi masalah anda dengan petua-petua di bawah:

  • Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.
  • Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
  • Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.

Friday, 19 December 2014

Stress?

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.
§      Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

§        Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

§        Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

§        Vitamin B5~
mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang

§        Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

§        Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

§        Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

§        Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 


Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.


Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 

Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.





Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?

1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.



Apakah Kesan Utama Akibat Kekurangan Vitamin B ?


1) Keletihan.


2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.
  

3) Lemah Ingatan


4) Sakit Lidah


5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat


6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.  


7) Masalah Kulit (Skin Lesions)



8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur. 

   

9) Jantung Membesar



Kesimpulannya, B Complex Shakleeadalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B. 


Sekiranya anda ingin mencuba Vitamin B Complex Shaklee ...   

Anda boleh hubungi saya atau partner saya melalui:

NiaSmile™
0168935146

Thursday, 18 December 2014

Bersihkan Hati dengan DTX Complex


Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.
Antara fungsi hati adalah:
  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak.
hati manusia
Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.
Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.
Oleh itu hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detox hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.
liver tonic shaklee
Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.
Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit
Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin
DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!


Jom Cuba!!!

Luv always,
NiaSmile™
0168935146

Tuesday, 16 December 2014

Rawat Keputihan Sebelum Melarat


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Adakah anda mengalami masalah berikut ??
  • Kegatalan pada kemaluan?
  • Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
  • Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
  • Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?



MASALAH KEPUTIHAN DAN JANGKITAN KUMAN
Keputihan ..keputihan ..keputihan...semak kan dok fikir pasal keputihan ni..tapi kalau kita biarkan memang cari nahas je...sekarang ni tak kira anak ke mak dara ke mesti akan hadap dengan keputihan ni kan....nak cerita pon malu...tapi kalau utk share dengan yang mengalami keputihan ni tak salah kan...so sama-sama kita berkongsi pasal keputihan ni.. .jangan malu nak share masalah korang tu daripada di biarkan mendatangkan keburukan yang lagi teruk...jom kita share sikit apa yang bahayanya keputihan ni sebenarnya...

“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. 
Perkara yang paling ditakuti sekali ialahjangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. 



Peranan lendir di dalam faraj 

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. 

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj. 

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya. 

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan. 

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon. 


Apakah yang mengawal pengeluaran lendir? 

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim. 

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa. 

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan. 

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku. 

Sifat lendir yang normal 
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. 



Keputihan sebagai tanda penyakit 
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


 Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain. 

i. Kuman 
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk 

ii. Kulat 
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis. 

iii. Virus 
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. 


Apakah bahaya jangkitan kuman 
Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan. 


Bagaimana kuman berjangkit? 

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman. 

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity). 

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.


Penyelesaiannya?


Masalah keputihan boleh dirawat dengan cara alternatif yang selamat dan berkesan. Supplement Shaklee terbukti boleh menghilangkan keputihan dengan pantas!

Tiga supplement yang terkandung dalam set ini ialah:

1. ALFALFA COMPLEX

Alfalfa bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kulat candida yang merupakan punca utama keputihan

2. GARLIC COMPLEX
Garlic secara tradisi terkenal dengan sifat anti-oksida dan antikulat yang hebat. Selain daripada itu, ianya membantu meningkatkan imun sistem badan untuk melawan jangkitan kuman.

3. GLA COMPLEX
GLA turut diakui boleh membantu mengekang kulat candida daripada merebak dan terus membiak.





ANDA MENGALAMI MASALAH KEPUTIHAN YANG KRONIK?

BERUSAHA UNTUK MENCARI PENAWAR?

UNTUK MAKLUMAT & INFO LANJUT SILA HUBUNGI SAYA :

NiaSmile™   : SHAKLEE ID 1100880

WHATSAPP/CALL/SMS : 0168935146

DAPATKAN JADUAL & CARA MAKAN JUGA KONSULTASI EKSKLUSIF SECARA PERCUMA




Saturday, 13 December 2014

7 Makanan Yang Perlu Dielak Untuk Atasi Sakit Sendi Lutut Dengan Cepat

Sendi lutut adalah anggota yang sangat berharga. Ia membantu kita berdiri dan bergerak. Jika lutut kita sakit, akibatnya susah untuk melakukan sebarang aktiviti.

Ada pelbagai punca mengapa radang ini terjadi, namun mengikut statistiknya lebih kurang 10 ke 20 peratus golongan dewasa akan mengalami penyakit ini. Hakikatnya, ia selalu menyerang seiring dengan peningkatan usia iaitu seawal usia 45 tahun untuk golongan lelaki dan 55 tahun bagi wanita. 
Kali ini, saya ingin berkongsi hasil kajian saya dari sumber yang ‘reliable‘ tentang makanan yang pantang dimakan jika anda sakit lutut. Ambillah masa untuk baca dan faham betul-betul apa yang ingin disampaikan. Saya pun tidak mahu menghabiskan masa anda dengan informasi yang tidak berfaedah.

Berpantanglah Dari 7 Makanan Ini Demi Kesihatan Sendi!

Para pengkaji menyarankan untuk kita mengambil makanan anti-radang dalam diet seharian dan mengehadkan makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi.

1.0 Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan   

Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.
Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

2.0 Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita

AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.

3.0 Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.
Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.

4.0 Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak

Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.
Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.

5.0 Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!

Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.
Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.

6.0 Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet

Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.
Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.

7.0 Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun

Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.
Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.

Biarlah Saya Berterus-Terang Sahaja Dengan Anda…


Setiap kali saya diajukan tentang permasalahan ini, tanpa ragu-ragu saya akan kemukakan kombinasi sakit sendi berikut sebagai cadangan untuk mereka yang ingin meredakan sakit sendi:

Ini sebab utama kenapa anda patut ambil supplemen ini:
    1. Advanced Joint Health Table™ (AJHT) menyokong pergerakan dan kelenturan sendi. Ianya hasil ramuan terbaik seperti Boswellia bagi menjaga dan memastikan sendi-sendi lutut, punggung, tulang-belakang serta jari kaki dan tangan berfungsi dengan sempurna.
    2. Omega Guard™ mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Glukosamina. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.
    3. Ostematrix™ berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas!
Paling mustahak ia semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah 58 tahun jenama ini berada di pasaran.
Ini pula screen-shot sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk supplemen ini:

Kenapa Anda Perlu Membuat Pilihan Dengan Berhati-hati?

Kebanyakan dari ubat sakit lutut yang dijual secara meluas di pasaran mengandungi steroid. Jika ubat yang anda makan itu serta merta meredakan sakit sendi dan otot itu adalah petanda ubat itu berkemungkinan besar mengandungi steroid. Jika berterusan mengambilnya dalam masa beberapa hari, berat badan akan meningkat mendadak dan pipi menjadi tembam. Ini sangat bahaya untuk buah pinggang dan berpotensi menyebabkan tulang reput.
Saya pernah membaca kisah dari Dr.Zubaidi Haji Abdullah tentang seorang pesakit wanita berusia lingkungan 50-an yang terjatuh dari kerusi dan tidak semena-mena patah tulang punggung. Apabila dibawa ke hospital untuk x-ray didapati beliau mengalami masalah osteoporosis akibat daripada pengambilan ubat herba yang dipercayai bercampur dengan streoid untuk melegakan sakit sendi lutut beliau.
Justeru, kita perlu berhati-hati dalam memilih ubat atau supplemen. Jangan sebab ianya mungkin murah dan memberi kesan semerta tetapi jangka masa panjang membawa mudarat kepada kesihatan kita.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

NiaSmile™

0168935146