Saturday, 23 August 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA COMPLEX SHAKLEE ♥


Apa pentingya khasiat GLA untuk kita?

Entri kali ini saya mahu sharing mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil 


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca di sini  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin textureskin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Mari lihat testimoni dibawah





Memang bestkan GLA Shaklee ni? Banyak kebaikannya. Jadi bagaimana? Anda mahu GLA atau tunggu dulu... Sampai bila mahu tunggu untuk memiliki GLA? Rugi... rugi...

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya.

♥, Nia
SID:1100880
http://smilewithnia.blogspot.com

Tuesday, 12 August 2014

Kek Lapis Strawberry Cheese NiaSmile™


KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE

Maaflah agak sedikit lambat berkongsi resipi kek ini. Tangan NiaSmile™ kepak.. dan bz ngan kerja.. bz jual baju. macam2 lah... anyway.. kek tok merupakan kek favorite sebab rasanya yang basah... tekstur nya yang lembut... rasa masam manis strawberry.. cheese.. pendek kata.. the things that makes me smile... 

Well..here goes.. hope you will try and I am pretty sure you will love it!!

Its like falling in love all over again...

Tq for reading my blog and hope you will enjoy the infos that I shared.

Luv always, NiaSmile™



Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah atau kukus menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius..
8. Bakar atau kukus selang seli sehingga habis..

Dah sejuk baru keluarkan dari loyang.. but mind you... kalau di rumah kmk. Sik tunggu sejuk... panas2 ya dah kena potong. Hahahhaha

Saturday, 9 August 2014

Performance Drink Shaklee

Khasiat Performance Drink Shaklee - Membekalkan Tenaga

Performance Drink dari Shaklee merupakan antara supplement terbaik yang pernah dihasilkan oleh Shaklee bagi membantu untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada mereka yang mengamalkannya. Performance Drink telah dihasilkan sebagai minuman sukan pertama untuk para atlet di US. Performance Drink juga diamalkan oleh atlet bertaraf antarabangsa seperti Kent Bostick (pelumba basikal).
 

Siapa yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan Performance Drink?

✔ Anda yang aktif bersukan
✔ Anda yang ingin berpuasa (atau diamalkan semasa bulan puasa) - diambil sewaktu sahur dan berbuka puasa
✔ Mereka yang menghidap penyakit gout
✔ Mereka yang kurang pengambilan air
✔ Ibu yang menyusukan anak (breastfeed)
✔ Anda yang kerap berasa sakit kepala
✔ Mereka yang gemar minum minuman berkarbonat
✔ Mereka yang ingin melakukan pembedahan
✔ Mereka yang sering tidur lewat malam
✔ Mereka yang sering keletihan

Kenapa Performance Drink lain daripada minuman tenaga yang lain?

☛ Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain
☛ Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
☛ Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
☛ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
☛ Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
☛ Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)




Friday, 8 August 2014

Kek Lapis Cadbury or Lapis India

Malam tok Dapor NiaSmile™ nak kongsi dengan pembaca semua, resipi Kek Lapis India... hmm.. walaupun agak controversy pasal Cadbury baru2 tok, tapi tetap kek tok sedap dan memikat hati... dan resipi tok paling senang dan paling menjadik....

Pasal isu Cadbury ya.. terpulang pada tahap keyakinan kawan2 jk lah..

Selamat mencuba!!!




Saiz: 8½" persegi
BAHAN2:
450g Mentega
250g Gula
10 bj Telur
100g Tepung Biskut Marie
65g Baby White Nestum
120g Tepung
1 bungkus (50g) Serbuk Santan
8 sb Susu Pekat
2 bungkus Kepingan Coklat Cadbury

CARA2:
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang.
MAsukkan telur satu-persatu sambil di pukul.
Masukkan biskut marie, nestum & tepung, sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan santan & susu pekat.

2. Ratakan 6 sb adunan ke dlm tin & bakar dgn api atas sehingga keperangan.
Ulangi lapisan & susun kepingan coklat di setiap lapisan yg ke tiga.
Sejukkan sebelum di hiris.

Thursday, 7 August 2014

Rawat Hati dengan DTX SHAKLEE


Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."


Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada pada
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.

Mata berwarna kuning
Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.

Perut menjadi buncit
Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.

Bau mulut yang menyengat
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.

Puding Cheese NiaSmile™

Lamak dah kmk sik molah Puding Cheese tok.. rasanya yang lemak manis masin.. aduh.. nang cukup cukup hebat.. rasa sehiris gerenti maok lagik sehiris...

Nah.. tok kmk kongsi resipinya.. mudahan kitak org pun dpt merasa. kalau nunggu saya molah.. seloyang x cukup k kongsi ngan dak adik kakak nak...



Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
5 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
2 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
250g Cheddar cheese


CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.


2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati. Masuk 1/2 buku cheddar yang dah di potong kecil.. kacau hingga semuanya cair dan rupa agak smooth..

3. Tuang ke dlm tin/acuan, parutkan remaining chedar tek & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan. 

Nang nyaman makan time cuaca panas....

Wednesday, 6 August 2014

Jom Repair!!!

Jom repair diri sendiri jom....

Sambil duduk, gosok tapak tanfan kita..

Baca Alfatihah, Ayatul Qursi dan 3 Qul...


Tuesday, 5 August 2014

Kek Kelasi Mabok

Kek Kelasi Mabok

Sik tauklah kenak nya di berik nama kelasi mabok. Resipi tok di berik Anjang Ayang circa year 80s ka 90s gia.. agak lamak dah dlm simpanan...
Pic ya credit google... tapi rasa kek tok nang best... bahagian putih nya makin lamak pok, makin kacak... Try lah... resipi pun simple. X macam2 gilak gerenek nya...




Bahan-bahan :
  • 450g mentega berkualiti tinggi
  • 200 gm horlicks
  • 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
  • 1 gelas gula (150g)
  • 1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol pandan paste
Caranya
Adunan Hijau:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masuk butter, pukul hingga putih.
  3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
  4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
  • 8 biji putih telur
  • 10 sudu besar gula halus
  • 4 sudu teh tepung gandum
  • 6 biji limau kasturi
Cara:
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
  2. Masukkan tepung.
  3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
  1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
  2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
  3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
  4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik 

COQ HEALTH SHAKLEE

CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.
darah tinggi
CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.
CoQ10 Shaklee
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :
Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.
Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.
Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.
kolestrol tinggi
Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.
Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center
Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan yang bijak...


Monday, 4 August 2014

Resipi Nasik Minyak

Nasik Minyak NiaSmile™

Resipi tok dari simpanan mak.. hasil masakan org ninggal Nek Ujang...

Jom try!!!




Bahan A

1 gantang beras bathmati atau beras siam wangi
200 gm  minyak sapi
200 gm mentega
1 sukat air
1 tin  susu cair 
50 gm daun ketumbar ] potong pendek
50 gm daun pudina ]
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam dan perasa secukupnya

Bahan B
3 ulas bawang merah ] hiriskan
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga

Halia di blend ambik air


Cara
1. Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
2. Masukkan minyak sapi & tumis semua bahan B dalam periuk.kemudian masukkan air dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
4. Biarkan nasi masak saperti biasa.
5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair dan halia.
6. Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.

Hiaskan dengan potongan daun bawang.. bawang goreng.. dan kismis

Herblax untuk detox


APA ITU DETOX?


Detox adalah proses membersihkan ususdi mana segala toksin, lemak dan lendiryang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



APA ITU HERB-LAX SHAKLEE?


Mari kita mengenali Herb-Lax Shaklee dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu :-


  • Alfalfa Leave
  • Senna Seed
  • Blue Malva Flower
  • Buckhorn Bark
  • Licorice Root
  • Rhubarb Root
  • Fennel Seed
  • Culver’s Root


Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.


Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

APA KEBAIKAN HERB-LAX SHAKLEE?
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Meransang usus untukpercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

SIAPA PERLUKAN HERB-LAX?


  • Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • Mereka yang mengalami banyak jerawat.
  • Pesakit gout.
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen.



TESTIMONI PENGGUNA HERB-LAX








Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda